Tuesday, March 10, 2009

Secebis Penjelasan dipetik dari DR MAZA

Isu politik yang keterlaluan membuatkan kita jemu dan muak dengan tingkah laku pemimpin politik baik kerajaan mahupun pembangkang..sbb itulah mereka itu dipanggil 'ahli politik'..

Banyak blog yang aku lawati untuk membaca posting yang ditulis dan kemudian aku cuba menilai dan membuat pertimbangan yang baik dan yang buruk..Aku masih waras untuk membuat pertimbangan sendiri mengenai isu politik di Perak..kerjaya aku pun di ground..

Baru-baru ini aku menjengah blog Dr MAZA yg terkenal itu.. dan ini pandangan beliau:


Pandangan Dr Asri Tentang Isu Semasa Di Perak

Disiarkan pada Feb 07, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

Jawapan: Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perak dihantar kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang mencukupi kerana barangkali maklumat yang meyakinkan saya belum mantap.

Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai ‘lompat parti’ kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadap undi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula.

Serahkan semula amanah tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yang berlegar dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;

BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam.

1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?

2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.

3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?

4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.
Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya. Saya sama seperti orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.


Jadi apa yg perlu, kita renung-renungkan dan kemudian bertindak dengan pertimbangan yang lebih membawa kebaikan daripada keburukan yg kelak menyusahkan semua orang..

Sunday, March 8, 2009

TERIMA KASIH KHAIRUL HASHIMI..

Sejak kemelut politik dan krisis perlembagaan melanda Perak, aku memang hanya akan sampai ke rumah apabila malam menjelma..Bagi kerjaya aku, pulang ke rumah antara 8 hingga 10 malam itu adalah sesuatu yang normal..Bagi kerjaya aku juga pulang ke rumah antara pukul 6 hingga 7 malam itu adalah terlalu awal..

Tapi sejak hubby berpindah ke Ipoh awal tahun ini, aku rasa amat bersalah apabila tiba di rumah menjelang malam walaupun sebelum itu aku memberitahunya, mungkin aku pulang lewat..Pernah, ketika krisis politik di Perak awal Februari lepas aku tiba di rumah pukul 2 pagi!

Apabila aku mula menyedari bahawa aku banyak 'berhutang' masa dengan hubby, aku berazam untuk pulang awal (iaitu antara 6 dan 7 malam) sekiranya tiada apa-apa yg perlu dikerjakan..

Aku amat terharu apabila hubby begitu memahami kerjaya ini..Acap kali apabila aku tiba di rumah, aku lihat pakaian telah diampai di hadapan rumah, dan hubby sedang masak untuk makan malam.. antara menu yang pernah dimasaknya untuk makan malam kami berdua seperti ikan siakap sweet sour, ikan goreng, sayur goreng, brokoli + karot goreng dengan udang, telur dadar, tumis sambal ikan sardin, mee maggi goreng yg penuh dengan sayuran serta cebisan ayam...

Pernah juga hubby membersihkan rumah apabila adikku yang belajar di UKM ingin datang ke rumah..Waktu memang rumah dipenuhi dengan sedikit habuk di lantai, sbb aku tak sempat nak menyapu! (gara-gara dah tiba di rumah lewat serta letih lesu)..

Aku berharap hubby akan ok sebab selepas ini aku akan berkampung di Bukit Gantang untuk pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu..mungkin hampir 2 minggu lebih..

Apa jua yang dilakukan oleh hubby, aku amat menghargai diri dan sikap memahaminya terhadap aku dan kerjaya ini..dan aku berTERIMA KASIH atas SEGALANYA!...

Monday, February 16, 2009

ANTARA WARTAWAN DAN FAHAMAN POLITIK

Tidak dinafikan sejak BN mengambil alih semula kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat banyak pihak kurang senang..termasuk wartawan yang tidak sepatutnya 'emosi' dengan apa yang berlaku..

Emosi di sini memberi maksud dua makna iaitu pertamanya ada wartawan gembira dan yang kedua kecewa..

Terdapat wartawan yang tidak menyenangi di atas apa yang berlaku termasuk tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang tidak memberi perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri..sikap tidak senang itu dilihat ketara ketika dilihat 'secara terpaksa' membuat liputan kerajaan negeri yang baru dan majlis Barisan Nasional..

Aku lihat agak sukar wartawan yang menyebelahi pihak pembangkang untuk memahami apa yang berlaku di negeri ini..

Gambar perakam suara, pen, buku catatan Bernama dan Utusan serta telefon bimbit sekadar hiasan semata-mata. Gambar ini diambil ketika menunggu selesainya sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. (3 feb 09)


Aku lihat di sini bahawa pihak pembangkang berjaya menanamkan pemikiran kepada kaum bukan Melayu bahawa BN itu adalah Umno..yang berkuasa di Perak ini adalah Umno, orang Melayu dan bukan BN secara total..

Aku juga menyedari ada sebilangan kecil wartawan di Perak kurang senang apabila BN mengambil alih semula pentadbiran di negeri ini..Bagi mereka ia bertentangan dengan prinsip dan fahaman politik yang 'dianuti'..Sehingga ada kenyataan-kenyataan yang mengguris wartawan lain apabila ia menyentuh prinsip kewartawanan universal dan profesional - tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab membuat liputan berita tanpa mengira siapa dan parti mana yang memerintah di Perak....

Ternyata di kalangan warga media juga mereka masih tidak profesional dalam mengendalikan tanggungjawab membuat liputan apabila ia bertentangan dengan fahaman politik yang mereka percaya!..

Friday, February 13, 2009

TAHUN BARU CINA VS KRISIS POLITIK

Tahun baru cina disambut pada 26 dan 27 Jan lepas..Memang aku tak berkesempatan nak menulis untuk entri sejak akhir-akhir ini..Kemelut politik yang melanda Perak sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat membuatkan aku sangat sibuk, keluar pagi balik rumah tengah malam..hampir dua minggu itu..hari ini aku berehat untuk dua hari (off day)..

Mengisi masa yang terbuang: Menconteng white board di Bangunan Umno Perak ketika tunggu sidang akhbar Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Tajol Rosli..Lastly pc pukul 11 malam beb! (25 Jan 09)

Hasil contengan: Clara (The Star), Rosli (Bernama TV), Shaka (BH), and me..(25 Jan 09)

Penangan kemelut politik di Perak sungguh menyeksakan!..dari pagi hingga ke tengah malam..dan ada dua tiga hari, aku tiba di rumah awal dinihari dalam pukul 1.30 pagi..rumah aku tunggang-langgang..aku bersyukur hubby yg banyak memahami..Selepas ini pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menunggu pulak!..

Sementara itu, pada cuti tahun baru cina lepas, Makcik Linda dan keluarganya dari Johor menghabiskan masa di kampung halaman..dan kami ada 'pizza party'!..

Selepas cuti tahun baru cina tu, BOOM!!..krisis politik melanda hingga BN dapat kembali menerajui kerajaan semula..paling teruk! aku dilanda demam dan selesema yang agak teruk sehingga suara pun susah nak keluar..termasuk ditimpa hujan lebat ketika membuat liputan bekas menteri besar Perak menghadap Sultan Azlan Shah di Istana Kinta..pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam istana!..memula tue berpanas terik, lepas hujan selebat-lebatnya..


Menunggu di rumah menteri besar, masa nie tunggu Nizar keluar dr rumah tue nak pergi solat Jumaat..Lepas tue wartawan serbu dia..masa nie nak minta komen Nizar sbb dengar khabar angin ada wakil rakyat Pakatan nak lompat parti.. (30 Jan 09)


Menunggu dari pukul 10 pagi sampai pukul 1.40 petang di kediaman menteri besar semata-mata nak tunggu nizar bagi komen..dah mcm keje guard kat kediaman MB Perak dah.. (30 Jan 09)

Banyak juga asgmt yg kene 'berkampung' di bawah cuaca terik nie..

Tunggu Nizar jugak..nie kat Istana Kinta..Nizar mengadap Sultan Perak..nak minta perkenan Bubar DUN..Tapi tak dapat.. ( 4 feb 09)

Wartawan, jurukamera, jurufoto pelbagai media terpaksa berkongsi payung..waktu nie hujan lebat..Media menunggu dari panas terik, kemudiaan mendung dan akhirnya hujan lebat..basah kuyup..( 4 feb 09)